Tuesday, December 23, 2014

Pengalaman Serik Berpantang dengan Shaklee

Alhamdulillah pagi ni saya nak bercerita kepada anda semua di luar sana berkenaan pengalaman saya sendiri yg berpantang dengan supplemen Shaklee. Pertama kali saya mengamalkan sepenuhnya set berpantang ni.

Masa anak pertama dan kedua dulu tak pernah nak ambil tahu. Jadi anak ketiga ni baru mencubanya. Alhamdulillah badan memang serasi sangat. Luka bersalin 5 hari je dah sembuh. Nak duduk pun dah tak sakit. Walhal saya rasa doktor jahit macam tebal macam banyak :) sebab masa kat labour room tu memang doktor tak guna pisau pun, dia galakkan saya push sendiri baby. Bagi luka lekas sembuh saya konsisten ambil Zink Complex. Sebenarnya bukan luka bersalin je boleh amalkan Zink, luka pembedahan lain pun boleh atau luka yg kecil pun boleh insyaAllah. Saya memang syorkan anda ada stok Zink di rumah sebab ianya tersangat murah cuma RM33.75 dan ada 120 biji. Banyak tu. 

Dari segi tenaga, saya rasa badan memang bertenaga dan tak mudah longlai. Saya ambil Vitalea (multivitamin) bersama Vitamin C untuk penyerapan yg terbaik!

Rasa stress pun tak ada. Almaklumlah orang dalam pantang ni emosi kadang terlebih sensitif, perlu dijaga sebaik-baiknya untuk mengelakkan royan. Saya amalkan B complex sebiji sehari selepas makan. Rasa penat saya tidur. Rasa letih saya baring, nama pun baru lepas bersalin memang kena berehat banyak agar dalaman dan luaran kita sembuh dengan baik.

Malam sebelum tidur saya tak lupa ambil Ostematrix. Ini bertujuan untuk keperluan kalsium saya. Bantu saya lancarkan pembuangan, uii takut weh buasir lepas bersalin. Bagus sangat Ostematrix ni, najis kita jadi lembut dan hindari sembelit. Badan pun rasa cergas je bangun malam susukan baby. Tak ada sakit pinggang dan sebagainya.

Alhamdulillah, berpantang kali ni memang buat saya teruja. Malahan ada kawan yg datang ziarah pun bagitahu wajah saya tak nampak langsung pucatnya walhal masa tu saya baru berpantang hari keDUA!

Bagi yg mencari SET BERPANTANG, saya syorkan anda teliti keperluan set itu. Ada sesetengahnya tak pakai semua pun, ada juga yg tak gemar makan jamu, sudahnya terbuang gitu je dan membazir. Macam vitamin Shaklee ni, selepas berpantang pun kita masih boleh teruskan malahan suami pun boleh kongsi vitamin tu dengan kita. JIMAT DAN BERBALOI!


Untuk ibu menyusu, anda boleh add on ESP dan Alfalfa sebagai penggalak susu (milk booster). Pastikan ibu memahami konsep penyusuan yg sebenar. Supply and demand.

Bagi yg berminat untuk tahu lebih lanjut boleh terus hubungi saya melalui medium berikut.

Nurulhuda | id 907781 | sms/whatsapp 0122479113

Wednesday, December 10, 2014

10 Sebab Kenapa Anda Mesti amalkan VIVIX

Saya juga salah seorang penggemar Vivix, minuman botani yg sangat baik lengkap untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecantikan.

Sebelum tu saya nak cerita berkenaan Vivix ni.
Tugas Vivix umumnya:
1. memperbaiki dan melindungi sel
2. memberi pertahanan kepada sel - sebab ia akan mengaktifkan pengawalan genetik sel (fungsi enzim akan lebih efficient)
3. tambah mitichondria pada sel (bagi tenaga)
4. meningkatkan prestasi sel

Vivix adalah produk anti penuaan, ianya menggalakkan penuaan yg sihat pada sel-sel tubuh. Ok, walaupun seseorang itu dah berumur tapi dia masih sihat dan kuat serta tubuhnya dapat mencegah pelbagai jenis penyakit.

DNA akan mati berjuta-juta setiap hari, lalu menyebabkan tenaga semakin berkurang dan kedut semakin bertambah. 
 



Resveratrol adalah sejenis antioksidan yg membantu dalam menghalang penuaan sel badan kita.
 



Berikut 10 testimonial saya berikan dan sebab kenapa anda mesti dapatkan Vivix.

 
Vivix untuk sakit lutut dan darah tinggi

 
 Vivix untuk darah tinggi


Vivix untuk awet muda
 

 Vivix untuk stroke


Vivix untuk kanser
 

Vivix untuk kesihatan optimum
 

Vivix untuk diabetes
 

Vivix untuk kebas tangan
 

Vivix untuk diabetes
 

Vivix untuk diabetes
 


Berminat untuk mencuba Vivix hari ini?
Sehari sesudu teh Vivix.
================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
SMS/WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

Tuesday, December 9, 2014

Tip Menggalakkan Anak-anak suka makan

Hari ini saya nak share kan sedikit tip berkenaan bagaimana kita boleh menggalakkan anak-anak suka makan.


15 Cara Galakkan Anak Makan :

1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Bagi anak yg memilih makanan, kurang selera makan anda boleh juga cuba berikan mereka makanan tambahan.

sharing is caring

Huda

Monday, December 8, 2014

Minyak ikan dan multivitamin untuk membantu tumbesaran anak

Seronok jadi kanak-kanak.
Seronok lihat anak-anak membesar dengan sihat dan cukup segala zat yg diperlukan oleh seorang kanak-kanak.
Dulu-dulu emak saya suka berikan kismis dan minyak ikan Scott untuk kami adik beradik.
Itu salah satu ikhtiar emak saya untuk memastikan kami sentiasa fokus dalam sesi pembelajaran di sekolah.

Saya percaya ramai ibu di luar sana mahu yg terbaik untuk anak-anak mereka. 
Berikut saya kongsikan sedikit info makanan tambahan untuk anak-anak membesar dengan sihat, bijak dan ceria.



 


SUPPLEMEN UNTUK ANAK BIJAK DAN SIHAT

OMEGAGUARD


Omegaguard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dan lain-lain. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi-fungsi otak.

Kanak-kanak memerlukan pengambilan kira-kira 500 mg gabungan EPA dan DHA setiap hari.

Minyak ikan menyediakan rantaian omega-3 yang lebih panjang asid lemak EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). DHA adalah rantaian asid yang paling banyak lemak dalam sel-sel otak dan retina, dan mendapat dengan permulaan yang baik dalam kehidupan dengan tahap yang tinggi DHA telah dikaitkan dengan penglihatan yang lebih baik, lebih baik keupayaan pembelajaran dan pembangunan tingkah laku yang lebih baik.

 
Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.


MEAL SHAKES

Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita. 

Meal shakes membekalkan 19 nutrien dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Meal shakes juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Rasa Vanilla yg yummy pasti memikat hati anak-anak. 
Cadangan hidangan kita boleh campurkan ke dalam susu formula, campur dalam susu untuk cereal dan buat ais krim Meal shakes.


 


Sebagai ibu bapa yg kasihkan anak-anak, berikan mereka yg terbaik untuk membantu tumbesaran mereka.





================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
SMS/WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

Turun berat badan secara semulajadi

KURUS,
Siapalah yg tak nak kurus dan langsing...
Bebas makan apa saja tapi berat maintain atau payah naik...

Tapi disarankan biarlah kita kurus dan sihat...
Bukan sekadar kurus masalah lain pula timbul..
Bukan juga dah kurus lepas tu naik balik berat badan, kurus Yo Yo namanya tu..

Saya suka sarankan customers saya mengalami penurunan berat badan yg seimbang atau berat maintain tapi inci berkurangan. 
Sebaiknya jangan paksa diri sampai tak nak makan, sebab badan kita memerlukan zat dari apa yg kita makan. 
Bila kekurangan zat boleh merisikokan kita mendapat penyakit lain pula. 

Hari ini saya nak share info berkenaan supplemen yg bagus dalam membantu anda menjayakan misi untuk slim dan sihat. Jemput baca!

SET TURUN BERAT BADAN
Herb-Lax 
Bertujuan untuk pembersihan usus 
Mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Ini sangat penting untuk proses menguruskan badan. Jika pergerakan usus lancar, jadi, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus, sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh.

Herb-Lax ini telah diuji secara klinikal untuk penggunaan jangka masa panjang. Jadi, ia selamat
dan terjamin. Sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit atau perut buncit.

Lecithin 
Ia dikenali sebagai Pengemulsi lemak Ia sangat istimewa kerana ia mampu untuk memecahkan lemak. Lecithin yang diekstrak dari kacang soya organik ini larut lemak dan turut membantu menyerap
vitamin A, D, E, K yang larut lemak.

Ia bertindak sebagai pembersih saluran darah. Jadi, sepanjang proses penurunan berat badan ini,
risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung juga rendah.

Cinch Shake Mix 
Ia membantu mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot dan membakar lemak Ia mengandungi protein, multivitamin dan serat Ia sedap, mengenyangkan dan rendah kalori Jadi, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan tanpa perlu berlapar.

Proses menguruskan badan berlaku kerana lemak dibakar tetapi otot tetap terpelihara Protein sangat
penting dalam proses penurunan berat badan, kerana ia membantu membina otot Otot sangat penting kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dan diperlukan untuk membakar kalori.



Program Diet Sihat Shaklee


Jom cantik semulajadi dan selamat.


================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
SMS/WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

Saturday, December 6, 2014

Vitamin untuk menganjal dan mencantikkan kulit

Nak kulit cantik?
Nak kulit berseri?
Nak kulit anjal?

Ramai yg memilih jalan singkat dengan mengambil suntikan vitamin C atau suntikan kolagen untuk mendapatkan kulit yg cantik, berseri dan anjal. Ada juga yg sanggup bayar beribu riban untuk ke pusat kecantikan dan jalani rawatan pemulihan kulit.

Sebenarnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan vitamin yg betul juga insyaAllah mampu mencantikkan kulit kita. Asalkan kita sabar, konsisten dan rajin minum air masak secukupnya. 

Vitamin bagaimana yg anda perlukan?


VITAMIN B COMPLEX :
ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Terkenal sebagai vitamin anti STRESS. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil. B complex juga boleh dijadikan sunblock iaitu dengan menelan b complex setengah jam sebelum keluar rumah.

Kandungan: 120 biji 
Penggunaan sehingga 4 bulan lamanya

VITAMIN  C :

vitamin C semulajadi

ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai di antara kita yang sibuk nak beli kolagen 
padahal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C sangat membantu 
penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Kandungan: 180 biji
Penggunaan selama 3-6 bulan lamanya

VITAMIN E --- vitamin awet muda
 
vitamin E semulajadi

terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak. 

Kandungan: 120 biji
Penggunaan selama 4 bulan lamanya
 

ESP SOY PROTEIN
sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik. Protein ESP adalah dari soya non GMO.

Penggunaan sehingga 1 bulan setengah

Jom cantik semulajadi dan selamat.

================================
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


Hubungi saya:

Nurulhuda Ab.Karim
Shaklee Independent Distributor 907781
SMS/WhatsApp: 0122479113
Email: husnalilshop@yahoo.com
FB: Huda Karim 
Page: Kiosk Vitamin Ummi

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

Friday, December 5, 2014

Tip kulit gebu dan anjal

Kulit cantik, bersih, gebu dan anjal merupakan idaman setiap insan terutamanya wanita la kan.
Bebas jerawat, parut jerawat dan jeragat.



Meh saya sharekan kepada anda semua apa tip-tip yg boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulit yg sihat, gebu dan anjal.

  1. Cuci muka dengan pencuci muka yg sesuai, sebaiknya pilih yg bebas bahan kimia terlarang. Amalkan cuci muka 2 x sehari selepas bangun pagi dan sebelum masuk tidur.
  2. Jika anda seorang yg suka bermekap tebal, pastikan anda cuci sebersihnya sebelum tidur. 
  3. Lebihkan minum air masak setiap hari agar kulit maintain lembap dan tak kering.
  4. Jangan picit jerawat!
  5. Makan makanan yg berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan makanan berminyak dan makanan segera.
  6. Kawal stress! Bila kita stress, kulit akan berkerut dan wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  7. Amalkan supplemen untuk top up nutrisi yg kurang diperolehi dari apa yg kita makan.
  8. Pakai sunblock ketika keluar rumah.
  9. Jangan hisap rokok! Radikal bebas dan bahan kimia yg terdapat dalam rokok boleh menjejaskan kecantikan kulit anda. Kasihanilah isteri atau anak-anak anda yg menghidu asap rokok.
  10. Buat scrub atau pakai masker seminggu 2 x untuk membuang sel-sel kulit mati.

Bercakap pasal supplemen ni, ada banyak jenis yg dijual di luar sana. Nak yg mahal ada, yg murah pun ada. Tapi sejauh manakah keberkesanan supplemen tersebut? Berbaloikah harga yg dibayar dengan kesan selepas consume supplemen tersebut?

Anda pilih!

Nantikan update seterusnya tentang supplemen untuk kulit.

Thursday, December 4, 2014

Performance Drink minuman pilihan angkasawan dan atlit

Minuman isotonik biasanya manis dan bergas, betul?
Dikatakan bila minum badan rasa kembali bertenaga dan cergas...tapi amalkan selalu pun tak bagus sebab kandungan gula nya tinggi dan tak baik untuk kesihatan kita.

Bagi yg suka minum minuman isotonik, saya syorkan sesangat anda boleh pilih yg semulajadi dan tanpa perasa dan perwarna tiruan iaitu PERFORMANCE DRINK ORANGE terutamanya atlit sukan dan olahraga. Jangan tak tahu, Performance Drink ini juga menjadi PILIHAN para angkasawan.


credit mr google

APAKAH PERFORMANCE DRINK ORANGE?

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, SerlahkaN yang Terbaik


Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

SIAPA LAGI SESUAI MINUM PERFORMANCE DRINK?

  • Para ibu yang menyusukan anak dan juga ibu hamil.
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
  • Mereka yg rajin travel seperti memandu untuk masa yg lama, mengerjakan umrah dan haji.
  • Mereka yg bekerja di bawah panas mentari.
  • Mereka yg menghidap demam denggi, insyaAllah.

  • Ada yg terliur ke? Ni dia Performance Drink yg digemari ramai, tambah nak puasa beberapa hari lagi ni. Bancuh siap-siap simpan dalam peti ais, time berbuka kita minum. Fresh je rasa. Hilang penat bekerja seharian bagi yg bekerja :)

    Sementara stok masih ada, bolehlah buat tempahan sekarang! 


    Harga: RM82.50 per canister

    TESTIMONIAL

    ================================
    Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan Poslaju atau kurier servis.


    Hubungi saya:

    Nurulhuda Ab.Karim
    Shaklee Independent Distributor 907781
    SMS/WhatsApp: 0122479113
    Email: husnalilshop@yahoo.com
    FB: Huda Karim 
    Page: Kiosk Vitamin Ummi

    *Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

    Penyelesaian masalah rabun dengan Vitamin Shaklee

    Bangun pagi teraba-raba cermin mata, silap langkah boleh terduduk lalu patahlah cermin mata tersebut.
    Maka seharian anda dikatakan sombong sebab selisih dengan orang buat-buat tak nampak padahal memang anda tak perasan pun :) Ala siannya begitu.

    Keajaiban Carotamax Shaklee!




    ��Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

    ��CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid
    daripada makanan itu sahaja.

    ��CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

    • Memelihara kesihatan yang baik. *
    • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
    pertumbuhan tisu. *
    • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.

    Kelebihan Carotomax:
    •kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
    •kesihatan tulang
    •kesihatan tisu kulit
    •pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
    •pembentukan membran mukus
    •mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

    Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran
    mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

    Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali
    juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

    Perlu diingatkan, Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya
    hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan

    ��Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan. (Just where else can u find vitamin like this??)

    *Tidak boleh diambil oleh ibu
    mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

    Untuk sebarang info atau pertanyaan anda boleh direct hubungi saya melalui medium berikut:

    Huda Karim | ID 907781
    SMS / Whatsapp 0122479113
    Facebook: Huda Karim
    Page: Kiosk Vitamin Ummi

    *Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.   

    Perokok: Vitamin bagaimana yg sesuai?

    Kita duk dengar, merokok membahayakan kesihatan. Merokok boleh beri efek buruk kepada orang yg menghidu asap rokok. Tapi kita tak bagi cadangan atau jalan penyelesaian kepada perokok untuk cuba berhenti merokok. Sokongan moral dari ahli keluarga juga penting untuk meningkatkan motivasi perokok agar mereka berhenti dan kata TAK NAK!

    Hari ni saya nak share kan info berguna untuk anda di luar sana terutamanya isteri yg kasih kan suami, kakak yg sayangkan adik lelakinya, anak yg mahukan ayahnya berhenti menghisap rokok. Bagaimana vitamin membantu perokok tegar untuk tidak merokok?

    Vitamin Untuk Berhenti Merokok

    Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis. Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.

    Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.

    Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.

    Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.


    Untuk sebarang info atau pertanyaan anda boleh direct hubungi saya melalui medium berikut:
    Huda Karim | ID 907781
    SMS / Whatsapp 0122479113
    Facebook: Huda Karim
    Page: Kiosk Vitamin Ummi

    *Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.