Anda alami pedih ulu hati? Gastrik? Apakah punca kepada masalah ini?
Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.
Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
· Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
· Sendawa
· Rasa loya dan tiada selera makan
· Rasa kembung atau penuh di bahagian perut
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.
Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.
Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).
FAKTOR DAN RISIKO :
- Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
- Pengambilan alcohol dan kafein.
- Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
- Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
- Diet rendah serat.
- Mengalami tekanan dan kemurungan.
- Berlebihan berat badan.
- Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
- Mengandung.
- Merokok.
- Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline).
Adakah penyelesaian kepada masalah ini?
InsyaAllah ada. Saya cadangkan Set Gastrik Shaklee.
Set ini terdiri daripada supplemen ESP dan Peppermint Ginger Plus. Jom baca info berikutnya!
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
- Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
- Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal.
Segar dan Melegakan dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee
Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.
Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
Hubungi saya Pengedar Shaklee anda:
Huda Karim
Whatsapp 0122479113
Page: Kiosk Vitamin Ummi
Penghantaran ke seluruh Malaysia