Friday, December 5, 2014

Tip kulit gebu dan anjal

Kulit cantik, bersih, gebu dan anjal merupakan idaman setiap insan terutamanya wanita la kan.
Bebas jerawat, parut jerawat dan jeragat.



Meh saya sharekan kepada anda semua apa tip-tip yg boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulit yg sihat, gebu dan anjal.

  1. Cuci muka dengan pencuci muka yg sesuai, sebaiknya pilih yg bebas bahan kimia terlarang. Amalkan cuci muka 2 x sehari selepas bangun pagi dan sebelum masuk tidur.
  2. Jika anda seorang yg suka bermekap tebal, pastikan anda cuci sebersihnya sebelum tidur. 
  3. Lebihkan minum air masak setiap hari agar kulit maintain lembap dan tak kering.
  4. Jangan picit jerawat!
  5. Makan makanan yg berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan makanan berminyak dan makanan segera.
  6. Kawal stress! Bila kita stress, kulit akan berkerut dan wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  7. Amalkan supplemen untuk top up nutrisi yg kurang diperolehi dari apa yg kita makan.
  8. Pakai sunblock ketika keluar rumah.
  9. Jangan hisap rokok! Radikal bebas dan bahan kimia yg terdapat dalam rokok boleh menjejaskan kecantikan kulit anda. Kasihanilah isteri atau anak-anak anda yg menghidu asap rokok.
  10. Buat scrub atau pakai masker seminggu 2 x untuk membuang sel-sel kulit mati.

Bercakap pasal supplemen ni, ada banyak jenis yg dijual di luar sana. Nak yg mahal ada, yg murah pun ada. Tapi sejauh manakah keberkesanan supplemen tersebut? Berbaloikah harga yg dibayar dengan kesan selepas consume supplemen tersebut?

Anda pilih!

Nantikan update seterusnya tentang supplemen untuk kulit.

No comments:

Post a Comment